fbpx

Peminat matematik selesai formula ‘1+1’ dalam 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PESOHOR YouTube itu menjalankan pengiraan terhadap formula ‘1+1’. - YouTube

TOKYO – Dua peminat matematik di Jepun baru-baru ini menghabiskan masa selama 24 jam untuk mencari jawapan muktamad kepada formula ‘1+1’ sehingga pengiraannya menutupi keseluruhan dinding sebuah bilik, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pesohor YouTube terkenal, Hanao dan Dengan menjalankan salah satu projek paling menarik apabila menutupi seluruh dinding bilik dengan pengiraan matematik.

Kedua-dua mereka mecabar diri dengan menjalankan pengiraan yang mengambil kira semua bidang matematik dan fizik yang diajarkan di sekolah menengah dan kolej.

Dalam usaha mencari jawapan muktamad kepada formula ‘1+1’, dua peminat matematik itu menggunakan beberapa bidang termasuk fungsi trigonometri, siri infiniti, geometri, fizik, elektromagnetik dan termodinamik.

“Ada perkara yang secara tidak dijangka menyeronokkan untuk diselesaikan,” kata Hanao sebelum tempoh percubaan 24 jam itu tamat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI