DI sebalik kehidupan serba mewah yang dijalani, rupa-rupanya pelakon Nia Ramadhani juga menyimpan perasaan sedih dalam dirinya.
Pelakon tinggi lampai itu menerusi perkongsian Instagram mendedahkan, dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah selepas orang tuanya bercerai sewaktu dia masih kanak-kanak.
Kata Nia, dia hanya berpeluang mengenali sosok ayahnya ketika dia berusia 17 tahun.
“Saya hanya mengenali ayah dalam waktu yang singkat. Pertama kali jumpa dia pada usia 17 tahun. Kemudian dua tahun selepas itu kami bertemu ketika saya berkahwin,” katanya.
Lebih memilukan, dia hanya sempat mengenali dan berjumpa bapanya selama empat tahun kerana lelaki itu meninggal dunia akibat penyakit serius. Ketika itu Nia berusia 19 tahun.
Sementara itu, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu akan berkongsi secara terperinci kisah sedih yang dijalaninya selama ini dalam sebuah novel berjudul Cerita Ade yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.