fbpx

Lebanon dapat bantuan lebih RM24 bilion untuk beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI beratur untuk mendapatkan bekalan roti di Safra, utara Beirut pada 26 Julai lalu. -- AFP

BEIRUT, Lebanon – Lebanon memperoleh bantuan berjumlah AS$5.4 bilion (RM24.7 bilion)  untuk tempoh tiga tahun daripada Program Makanan Dunia (WFP), kata pemangku Perdana Menteri, Najib Mikati kelmarin.

Negara itu dilanda krisis kewangan yang dilabel antara pa­ling buruk oleh Bank Dunia sejak 2019.

“Lembaga eksekutif WFP memutuskan dalam mesyuarat terkininya di Rom untuk menghulurkan bantuan AS$5.4 bilion kepada Lebanon sepanjang tiga tahun akan datang,” kata Mikati dalam satu sidang akhbar di Beirut bersama wakil agensi ber­kenaan di Lebanon, Abdullah Alwardat.

Menurutnya, wang bantuan itu akan dikongsi secara sama rata oleh rakyat Lebanon dan pelarian Syria.

Sekitar dua juta pelarian Syria berlindung di Lebanon. Hampir 830,000 daripada mereka berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Skim WFP telah membantu pelarian Syria di Lebanon sejak 2012 apabila sebilangan besar mereka mula melarikan diri daripada perang yang bermula setahun sebelumnya di tanah air sendiri.

“WFP akan terus menyediakan bantuan kecemasan dalam bentuk wang tunai dan kebaikan lain,” kata Abdullah.

Menurutnya, pakej bantuan itu dapat menolong satu juta pelarian Syria dan sejuta rakyat Lebanon.

Krisis kegawatan ekonomi Lebanon mengakibatkan kadar kemiskinan melonjak lebih 80 peratus dalam kalangan rak­yat, manakala harga makanan melam­bung 2,000 peratus, demikian menurut PBB.

Sebahagian besar pelarian Syria hidup dalam kemiskinan dan kehidupan mereka menjadi lebih buruk disebabkan keme­lesetan ekonomi Lebanon. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI