fbpx

Lagi lembu kena baham Pak Belang di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR lagi anak lembu ditemui mati selepas disyaki dibaham Pak Belang dalam kejadian di Felda Ulu Denga, Kluang, Johor, Ahad lalu.

KLUANG – Selepas kejadian serangan ke atas ternakan di Felda Bukit Tongkat melibatkan kematian dua ekor anak lembu dilaporkan berlaku pada hari Sabtu lalu, binatang buas dipercayai harimau membaham seekor haiwan di sebuah ladang di Felda Ulu Dengar, di sini Ahad lalu.

Peneroka Felda Ulu Dengar, yang hanya mahu dikenali sebagai Rahmat, 55, berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 6 petang apabila bangkai anak lembu ditemui di ladang berkenaan.

Katanya, melihat keadaan itu dan mendengar kejadian sama di Felda Bukit Tongkat menyebabkan timbul kerisauan apatah lagi bangkai anak lembu itu tidak dimakan dan hanya ditinggalkan selepas dibunuh.

“Selepas kejadian, kami tidak lagi membiarkan lembu berkeliaran di dalam ladang berhampiran pinggir hutan namun memilih kawasan anak selamat untuk ternakan ini meragut rumput.

“Namun apa yang dibimbangkan adalah keselamatan pekerja dan peneroka yang melakukan kerja di dalam ladang berkenaan kerana bimbang Harimau datang lagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya lagi, sebagai langkah keselamatan, semua pekerjaan samada merumput atau memotong dahan dan buah sawit dihentikan seketika di ladang terbabit.

Ujarnya, satu laporan kepada pihak polis dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sudah dilakukan agar tindakan segera dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya akan melakukan siasatan bagi mengenal pasti kejadian sebenar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI