fbpx

Keluarga Glazer sedia jual Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERDAPAT segelintir penyokong Man. United kurang senang dengan pendekatan yang dimainkan oleh keluarga Glazer

MANCHESTER – Pemilik Manchester United, keluarga Glazer akhirnya menyatakan kesediaan untuk melepaskan kelab itu kepada mana-mana pihak yang berminat mengambil alih.

Selepas 17 tahun mengetuai pasukan, keluarga Glazer sudah pun sedia untuk mendengar sebarang tawaran namun menerusi laporan media tempatan Red Devils kini bernilai £5 bilion (RM27.18 bilion).

“Sebahagian daripada proses ini, Lembaga Pengarah kelab akan mempertimbangkan semua altenatif strategik, termasuk pelaburan baharu ke dalam kelab, penjualan atau pun transaksi lain,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Man. United.

Pengarah dan Pengerusi Eksekutif bersama kelab, Joel Glazer berkata seiring dengan langkah untuk meneruskan sejarah kejayaan kelab, lembaga pengarah sudah pun beri kebenaran bagi satu penilaian menyeluruh dibuat.

“Sepanjang proses ini, kami akan kekal fokus untuk melayan penyokong, pemegang taruh dan pihak berkepentingan lain,” katanya.

Keluarga Glazer mula membeli Man. United pada 2005 dengan nilai £790 juta (RM4.29 bilion). AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI