GEORGE TOWN – Pulau Pinang berjaya mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi iaitu sebanyak RM107.2 bilion dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2019 hingga 2021.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, daripada nilai pelaburan pembuatan itu telah berjaya mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan.
“Kerajaan negeri amat menitikberatkan usaha pembangunan bakat kekal sebagai tumpuan utama.
“Pulau Pinang pada tahun 2021 telah mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi iaitu sebanyak RM107.2 bilion (nilai pelaburan dari 2019 hingga 2021) dan mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Kon Yeow (DAP- Padang Kota) menjawab soalan Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) mengenai perincian projek dan program ke arah pencapaian Visi Penang2030,” katanya. – KOSMO! ONLINE