fbpx

Gangguan air di Seberang Perai mulai 2 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Beberapa kawasan di Seberang Perai di sini dijangka mengalami masalah gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam antara 2 hingga 4 Disember ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) dalam satu kenyataan memberitahu, gangguan bekalan air itu berlaku kerana sebahagian operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua terpaksa dihentikan bagi membolehkan kerja-kerja penggantian injap berdiameter 1350 milimeter (mm) dan 1200 mm yang rosak di loji berkenaan dilaksanakan.

Katanya, selain penggantian injap tersebut, PBAPP akan turut menjalankan beberapa kerja pembaikan dan penyelenggaraan pada masa yang sama bagi mengelak gangguan bekalan air berulang di kawasan-kawasan yang sama jika ia dijalankan secara berasingan.

Ini katanya termasuklah kerja pembaikan paip berdiameter 1200 mm di Permatang Ara serta kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rumah Pam Bukit Minyak.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 197,851 akaun air meliputi tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual ini.

“Daripada jumlah itu, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah, manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air,” kata kenyataan tersebut.

Antara kawasan yang dijangka mengalami masalah tekanan air rendah termasuklah pekan Bukit Mertajam, Jalan Rozhan, Jalan Kampung 6, Jalan Padang Lalang, Jalan Alma, Jalan Sungai Rambai dan Jalan Damai 7 di SPT.

Sementara itu, 33 kawasan di SPU, 28 kawasan di SPT serta sebahagian besar kawasan di SPS dijangka mengalami masalah tiada bekalan air sepanjang tempoh berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI