fbpx

Cuaca baik hampir di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hanya di dua negeri sahaja sehingga pukul 9 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya memaklumkan, negeri tersebut adalah Perak dan Johor.

“Di Perak, kawasan yang diramal mengalami ribut petir dan angin kencang hanyalah Kerian dan Larut, serta Matang Dan Selama.

“Kawasan di Johor pula yang diramal berdepan dengan situasi yang sama adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Tambah MetMalaysia lagi, bagi kawasan-kawasan di negeri lain sekitar Semenanjung, Sabah dan Sarawak, cuaca dijangka dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan hujan dikeluarkan.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI