fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia berkata, kawasan di Perak yang akan berdepan dengan cuaca buruk ini adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.

“Di Pantai Timur, kawasan di Terengganu yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu manakala di Kelantan adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Situasi yang sama turut diramal di Negeri Sembilan (Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah),” ujarnya menerusi kenyataan di laman sesawangnya.

Sementara itu di Sarawak, MetMalaysia meramalkan ribut petir bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

“Kawasan di Sabah yang turut mengalami cuaca buruk adalah Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI