fbpx

111 penduduk dipindahkan ban pecah di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa selepas kawasan rumah dinaiki air akibat ban pecah di Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Masalah ban terus ‘menghantui’ penduduk Tanjong Karang apabila dua ban pecah dalam kejadian pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.46 pagi itu menyebabkan 111 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir.

Dua lokasi itu melibatkan kawasan sekitar Kampung Baru Lembah Pantai dan Kampung Ban RB, Sungai Sireh. Ini adalah kejadian kali ketiga pada bulan ini ban pecah di sekitar Tanjong Karang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi pertama di Kampung Lembah Pantai selepas menerima panggilan kecemasan pukul 4.47 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kawasan rumah dihuni 92 penduduk di kawasan itu dinaiki air mencecah 0.5 meter. Banjir itu berlaku berikutan ban pecah di lokasi berhampiran dan hujan lebat berterusan sejak pukul 2 pagi tadi,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, kejadian ban pecah turut dilaporkan berlaku di Kampung Ban RB pukul 7.30 pagi tadi.

“Kawasan rumah 19 mangsa itu dinaiki air sedalam 0.2 meter dan berada dalam keadaan statik. Paras air ketika ini didapati mula menunjukkan penurunan namun pemantauan lanjut masih dilakukan,” ujarnya.

Tambah Norazam, kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Kampung Baru Lembah Pantai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI