fbpx

Wanita Vietnam direman kes bunuh penjual buah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga Vietnam direman di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

SEREMBAN – Seorang wanita warga Vietnam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang penjual buah di sebuah apartmen di Taman Bukit Delima di sini malam semalam.

Wanita berusia 33 tahun itu direman sehingga 28 November ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Naziah Mohd. Alias di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, motif kejadian itu dipercayai cemburu, namun belum dapat disahkan hubungan antara mangsa seorang lelaki tempatan, Lim Swee Syhong, 50, dengan wanita Vietnam terbabit.

“Kejadian dipercayai ada unsur cemburu. Setakat ini, tiada dokumen sah yang boleh mengesahkan hubungan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media melaporkan, seorang lelaki ditemui mati dengan kesan luka pada rusuk kanan dipercayai ditikam di sebuah rumah apartmen di Taman Bukit Delima di sini malam semalam selepas berlaku pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki berusia 50-an itu ditemui kira-kira pukul 9.30 malam dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah.

Sebaik tiba di lokasi terdapat seorang wanita di dalam rumah dalam keadaan panik dan kesedihan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI