fbpx

Vettel dedah jiwanya kosong di Abu Dhabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VETTEL merupakan juara dunia F1 sebanyak empat kali secara rasminya bersara daripada saingan tersebut dengan meraih kedudukan ke-10 pada saingan terakhir di Litar Yas Marina kelmarin.

ABU DHABI – Pemandu Aston Martin, Sebastian Vettel me­ngakui jiwanya ‘kosong’ selepas menamatkan perlumbaan ter­akhir Formula Satu (F1) musim ini dengan meraih kedudukan ke-10 pada Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina kelmarin.

Perlumbaan tersebut menjadi yang terakhir buat Vettel selepas menamatkan kariernya selaku pelumba F1 profesional dengan mengesahkan persaraan secara rasmi daripada saingan permotoran berprestij itu pada Julai lepas.

Vettel mengakui cukup puas apabila dapat mengutip mata berharga pada perlumbaan di Litar Yas Marina itu tetapi pada masa sama agak terkilan kera­na ia adalah saingan terakhir peribadinya di litar kompetitif.

“Saya tidak tahu apa yang mahu dikatakan kerana selepas melepasi garisan penamat, jiwa saya agak kosong dan masih belum dapat menyerap apa yang telah berlaku.

“Secara peribadi, saya tidak sabar untuk mengharungi perlumbaan ini kerana apa yang telah saya harungi sepanjang dua musim lepas adalah sesuatu di luar jangkaan dengan beberapa keputusan tidak begitu memberangsangkan.

“Namun, saya tetap ber­syukur dengan apa yang telah diberikan dengan komitmen penuh daripada pasukan Aston Martin untuk membantu saya menunaikan tanggungjawab selaku pemandu sebaik mungkin.

“Dalam masa yang sama saya juga mahu ucapkan terima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh ribuan penyokong yang hadir dan saya cukup bertuah apabila dapat bersaing secara kompetitif hampir 15 tahun dalam kancah F1 sebelum ini,” katanya.

Vettel yang juga juara dunia empat kali telah menamatkan saingan musim ini di kedudukan ke-12 dengan 37 mata.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI