KUALA LUMPUR – Kenderaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun tiba di Istana Negara, di sini sekitar pukul 1.25 petang tadi.
Beliau dilihat menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam melalui Pintu 2 Istana Negara.
Sementara itu, Istana Negara terus menjadi tumpuan pengamal media serta beberapa orang awam turut kelihatan menunggu di luar pekarangan Istana Negara sehingga kini.
Sehubungan itu, status Perdana Menteri ke-10 masih menjadi tanda tanya.
Semalam, Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka berkenan melanjutkan proses bagi ketua dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sehingga pukul 2 petang hari ini selepas ditunda jadual asalnya semalam waktu sama. – KOSMO! ONLINE