fbpx

Tuan Tuan mati di Zoo Taipei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Doktor haiwan memeriksa Tuan Tuan di zoo Taipei sebelum mati pada Sabtu lalu. - AFP

TAIPEI – Salah seekor daripada dua panda gergasi yang dihadiahkan oleh China kepada Taiwan mati pada Sabtu lalu, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Zoo Taipei memaklumkan bahawa panda gergasi bernama Tuan Tuan itu ‘sakit sekejap’ sebelum mati.

Walaupun laporan perubatan tidak menyatakan punca sebenar kematian Tuan Tuan, laporan sebelum ini menyatakan bahawa ia mempunyai tumor otak yang parah.

Selepas tumor itu dikesan, dua pakar perubatan dihantar dari China ke Taiwan untuk membantu. 

Sumber akhbar Taiwan me­nyatakan bahawa Tuan Tuan tidak bertindak balas dan ditidurkan pada Sabtu lalu ekoran mengalami sawan beberapa kali.

Hubungan antara China dan Taiwan putus pada 1949 akibat perang saudara, tetapi beransur pulih pada 2008. Pada tahun sama, Tuan Tuan dan pasangannya telah dihadiahkan kepada Zoo Taipei.

Dua ekor panda itu lahir di China pada 2004 sebelum me­lahirkan sepasang anak panda di Taiwan.

Sebagai tanda muhibah, Chi­na menghantar panda ke luar negara, tetapi mengekalkan pemilikan haiwan itu dan anak panda yang mungkin dilahirkan.

Bagaimanapun, sejak ketibaan dua panda itu, hubu­ngan antara Beijing dan Taipei merosot. China memutuskan hubu­ngan pada 2016 apabila Presiden Tsai Ing-wen yang menyokong kemerdekaan, dipi­lih semula pada 2020.

Walaupun purata jangka hayat panda secara amnya adalah 15 hingga 20 tahun, tetapi ia mampu bertahan hidup sehingga 30 tahun dengan bantuan manusia. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI