KUALA LUMPUR – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataannya berkata, pemakluman mengenai perkara itu juga telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara,” katanya.
Katanya lagi, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang. – KOSMO! ONLINE