fbpx

Sultan Johor kurnia Datuk kepada empat individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pingat DMIJ yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu, hari ini.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Datuk kepada empat individu.

Individu tersebut adalah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin dan Ketua Unit Penjagaan Luka (Wound Care) Jabatan Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Harikrishna K.R. Nair.

Dua lagi merupakan Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor, Prof. Datuk Dr. Kassim Thukiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Lukman Abu Bakar.

Majlis pengurniaan darjah tersebut berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Dalam upacara sama, Sultan Johor turut berkenan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada sembilan individu.

Antara penerima anugerah itu termasuklah Juruiring Tentera Sultan Johor, Kolonel Mohd. Shawal Arbanyin; Juruiring Polis Sultan Johor, Asisten Superintend-’ Mohd. Irwan Rasul dan Juruiring Tentera Sultan Johor, Leftenan Komander Bakhri Shah Abdullah.

Penerima lain termasuklah Pengurus Besar (Pembangunan Hartanah) YPJ Holdings Sdn. Bhd., Nor Azleena Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Johor, Zarina Abdul Kadir; Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Ahmad Nazir Mohd. Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor, Abdul Malik Ismail.

Turut terima anugerah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Mohd. Zamri Kambari dan Setiausaha Pertama Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan, Muhammad Haidas Muhammad Sharif Song. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI