fbpx

Sepatu selesa, sesuai cuaca tropika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KASUT yang dihasilkan menekankan aspek keselesaan.

PEMILIHAN kasut yang sesuai buat gaya harian haruslah mempunyai dua ciri utama iaitu keselesaan dan kualiti yang bagus.

Kedua-dua ciri tersebut cukup penting memandangkan kasut yang tidak selesa akan mengganggu pergerakan harian, manakala kasut yang tidak berkualiti pula akan memendekkan jangka hayat kasut tersebut.

Cabaran dalam mencari kasut berkualiti, cantik dan selesa pada harga yang berpatutan mendorong dua anak kelahiran Kuala Lumpur untuk mula mengorak langkah dengan mewujudkan jenama kasut sendiri yang menggabungkan kesemua ciri penting perlu ada pada sepasang kasut.

Lee Mei Wee, 31, dan Goh Mei Jing, 29, menubuhkan rangkaian kasut di bawah jenama Marimari dalam pasaran, bagi memberikan pilihan kepada orang ramai yang mahukan kasut yang selesa pada harga yang berpatutan.

“Marimari ditubuhkan untuk memperkenalkan seleksi kasut yang berkualiti tinggi, cantik dan selesa pada harga yang berpatutan ke pasaran.

“Secara peribadi, kami mendapati bahawa banyak kasut di pasaran tidak memenuhi kemahuan kami dan ini menjadi sebab mengapa kami mempertaruhkan koleksi kasut yang sesuai dengan gaya hidup orang Malaysia serta cuaca tropika di negara ini,” ujar Mei Wee.

Tambahnya lagi, Marimari paling mengutamakan keselesaan pelanggan dan hanya menggunakan bahan yang berkualiti dalam koleksi kasut mereka seperti kulit lembu, kulit biri-biri dan kulit sintetik gred A yang sangat lembut dan tahan lama.

BERKONSEP tumit terbuka ia kelihatan santai untuk digayakan.

“Selain itu, setiap kasut rekaan kami mempunyai double-padded cushioned insoles supaya tapak kaki pemakai tidak akan terasa sakit walaupun dipakai untuk jangka masa yang panjang,” ujarnya.

Seleksi kasut jenis open-toe atau tumit terbuka yang ditawarkan cukup selesa digayakan setiap hari.

Rekaan kasut yang ringkas, namun cantik juga menepati cita rasa wanita di Malaysia yang gemarkan gaya kasut yang minimalis dan sesuai untuk pelbagai acara.

Sehingga kini, Marimari sudah memperkenalkan dua koleksi iaitu Koleksi Klasik dan Koleksi Awan yang merangkumi pelbagai jenis kasut wanita dengan rekaan dan warna-warna menarik.

Jelas Mei Wee, Koleksi Klasik mengutamakan rekaan yang lebih ringkas, kasual dan back to basics.

“Koleksi ini juga dihasilkan dengan menggunakan warna neutral yang senang untuk dipadankan dan sesuai untuk semua orang tanpa mengira warna kulit.

“Sasaran koleksi ini adalah pelanggan yang mengutamakan keselesaan dan sukakan rekaan klasik yang tidak akan ketinggalan zaman,” katanya.

Bagi Koleksi Awan pula, ia lebih menumpukan pada rekaan insole yang mempunyai kusyen yang sangat lembut dan tebal.

Malah, koleksi yang dikeluarkan untuk Hari Raya Aidilfitri yang lalu merupakan koleksi paling laris bagi jenama itu.

“Kami berpendapat bahawa orang ramai menyukai koleksi tersebut kerana rekaannya amat unik dan tidak banyak dijumpai dalam pasaran domestik.

“Selain itu, ia juga amat selesa dipakai dan ada pelanggan yang memberitahu kepada kami bahawa mereka berasa seolah-olah sedang memakai kasut berjenama antarabangsa ketika menggayakan kasut Koleksi Awan ini dek kerana keselesaannya,” ucap Mei Wee sambil menambah akan mengeluarkan lebih banyak lagi rekaan di bawah koleksi tersebut pada masa akan datang.

Setiap kasut jenis ready to wear (RTW) Marimari dijual pada harga antara RM119 sehingga RM209, manakala kasut jenis tempahan pula bermula RM800 sehingga RM2,000.

Pembeli yang berminat boleh melayari laman web www.mari-mari.co atau menerusi Instagram
@marimari_official.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI