KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan tiga negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 5 petang.
“Ia melibatkan negeri Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Sementara itu di Pahang, hujan lebat dan ribut petir dijangka melibatkan Tanah Tinggi Cameron dan Rompin manakala di Johor, hanya di Segamat, Kluang dan Mersing,” katanya.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam. – KOSMO! ONLINE