KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang akan mengumumkan calon baharu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman esok.
Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Andansura Rabu berkata, calon yang dipilih daripada Pas itu adalah anak tempatan.
“Kita sudah putuskan calon baharu dan pengumuman untuk memperkenalkan calon akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pengundian DUN Tioman ditangguhkan pada 7 Disember selepas calon PN, Md. Yunus Ramli meninggal dunia pada 19 November lalu.
Allahyarham Md Yunus sebelum bertanding kerusi tersebut bersama empat lagi calon lain iaitu calon bebas, Sulaiman Bakar; Osman Bakar dari Parti Perjuang Tanah Air, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan penyandang kerusi terbabit, Datuk Seri Mohd Johari dari BN.
SPR menetapkan penamaan calon kerusi DUN berkenaan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember depan manakala pengundian diadakan pada 7 Disember.