KUALA LUMPUR – Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia di sini menjadi tumpuan pagi ini kerana pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan pertemuan.
Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.
Selepas pertemuan itu, difahamkan juga satu Iagi Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan dijalankan.
Tinjauan Kosmo! di pekarangan bagunan ini mendapati rata-rata pengamal media sudah berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi, namun setakat ini kelibat kedua-dua pemimipin parti belum tiba. – KOSMO! ONLINE