fbpx

Pembentukan kerajaan: Agong bakal buat keputusan dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong berkenan berkenan bertemu pengamal media di Pintu 2 Istana Negara sebentar tadi. - Foto AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membuat keputusan mengenai pembentukan kerajaan baharu serta pemilihan Perdana Menteri ke-10 dalam masa terdekat.

Beginda mengulas, setakat pukul 2.20 petang, baginda masih belum melihat dan meneliti sebarang Surat Akuan Berkanun daripada mana-mana parti politik.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat. Sabar saya baru balik daripada urusan bersama kerabat.

“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu.

“Saya tak boleh beri apa-apa maklum balas setakat ini kerana saya belum lihat apa-apa lagi,” titah baginda.

Baginda berkata demikian ketika berkenan bertemu pengamal media di Pinti 2 Istana Negara sebentar tadi.

Sementara itu, baginda turut menzahirkan pesanan agar semua pihak dan rakyat Malaysia dapat menerima sebarang keputusan yang bakal diputuskan nanti.

“Kena bersabar terima keputusan rakyat, keputusan wakil-wakil rakyat dan kena terima keputusan saya.

“Kekal rasional dan kita perlu terima kenyataan untuk negara tercinta,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI