fbpx

Naik ‘kapcai’ bawa anak balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita menunggang motosikal sambil menggendong anaknya pulang ke Mentakab, Pahang dipercayai selesai mengundi di Johor Bahru, Johor.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita sanggup mengadai nyawa serta anaknya sendiri menunggang motosikal dari Johor Bahru di sini ke Mentakab, Pahang semalam.

Gambar wanita berhati kental itu dikongsikan seorang penunggang motosikal lain, Mohd. Nazli A. Bakar.

Menurut Mohd. Nazli menerusi perkongsian itu, dia terserempak dengan ibu berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Kongsinya, dia mengambil gambar berkenaan ketika berhenti di lampu isyarat laluan Labis-Segamat, Segamat dekat sini.

Difahamkan wanita berkenaan menunggang motosikal kerana dari Johor Bahru untuk pulang ke tempat kerjanya di Mentakab.

Wanita berkenaan berbuat demikian dipercayai kerana tidak mempunyai pilihan termasuk tidak memiliki kenderaan lain serta tiket habis untuk pergi mengundi di sini.

Kosmo! sedang berusaha untuk mendapatkan cerita lanjut daripada wanita berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI