fbpx

Muhyiddin tiba lima minit awal dari Anwar di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di pekarangan Pintu 2 Istana Negara

KUALA LUMPUR – Rombongan beberapa kenderaan yang membawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pekarangan Pintu 2 Istana Negara pada pukul 4.06 petang tadi.

Selang lima minit kemudian, kelihatan kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim pula masuk ke Istana Negara melalui pintu sama.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa berkenan menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menghadap baginda di Istana Negara pada pukul 4.30 petang hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca PRU15 bagi pembentukan kerajaan baharu.

“Memandang tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah, maka Seri Paduka Baginda menitah perkenan untuk ketua -ketua gabungan PH dan PN menghadap baginda pada pukul 4.30 petang ini di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI