fbpx

Mayat warga emas dijangkiti Covid-19 ditemui reput dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang sudah reput dan dijumpai terbaring di ruang tamu rumahnya di PPMS Kesedar Sejahtera, Gua Musang semalam. IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Mayat seorang lelaki warga emas yang dijangkiti Covid-19 ditemui dalam keadaan reput di ruang tamu rumahnya di Projek Penempatan Masyarakat Setempat (PPMS) Kesedar Sejahtera di sini semalam.

Mangsa, Mat Daud Che Deraman, 68, yang merupakan bapa tunggal dijumpai kira-kira pukul 11 malam oleh jirannya selepas menghidu bau busuk dari kawasan rumah itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum ini, jirannya curiga selepas tiga hari tidak melihat warga emas itu.

Katanya, mangsa yang tidak bekerja tinggal seorang diri selepas kematian isteri empat tahun lalu manakala anak-anaknya pula tinggal di Kota Bharu.

“Jiran mangsa mendapati ada bau busuk di kawasan rumah lelaki itu sejak tiga hingga empat hari yang lalu.

“Selain itu, jiran-jiran lain yang tinggal berhampiran rumah mangsa juga tidak melihat warga emas itu. Saksi yang tidak sedap hati telah pergi ke rumah mangsa dan mendapati pintu rumah tidak berkunci sebelum melihat mangsa terbaring dalam keadaan terlentang di ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pemeriksaan lanjut di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang dan hasil dibedah siasat mendapati warga emas itu tidak mempunyai penyakit kronik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI