fbpx

Mahkamah: Tiga rakan dituduh rompak stesen minyak guna pistol mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan merompak sebuah stesen minyak. - Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak sebuah stesen minyak di Kodiang dekat sini dengan menggunakan pistol mainan pada 12 November lalu.

Tiga tertuduh itu ialah Mohd. Aliff Danish Abdullah, 24; Muhammad Iqmal Md. Yusli, 22, dan Mohd. Zamanizam Mat Hassan, 29.

Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa merompak seorang individu berusia 24 tahun dengan bersenjatakan pistol mainan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah stesen minyak di Kodiang dalam daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 4.15 pagi, 12 November lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI