fbpx

Korban gempa bumi Jawa Barat meningkat kepada 162

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat membawa mangsa yang cedera ke sebuah hospital di Cianjur, Jawa Barat, semalam. – EPA-EFE

JAKARTA – Lebih 160 orang terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter yang menggegarkan Pulau Jawa, Indonesia, semalam, mengakibatkan banyak bangunan runtuh serta mangsa terperangkap, lapor agensi berita United Press International.

Pusat gempa berada pada 17.7 kilometer (km) di barat daya Ciranjang-hilir, pada kedalaman 9.9 km, demikian menurt Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pegawa-pegawai mengumumkan angka korban meningkat daripada 56 kepada 162 lewat semalam, sambil menambah, 326 orang cedera, kata Gabenor Wilayah, Ridwan Kamil.

Menurutnya, kebanyakan kecederaan melibatkan mangsa yang mengalami patah tulang akibat dihempap dalam runtuhan.

“Lebih 13,000 orang hilang tempat tinggal dengan lebih 2,200 kediaman musnah,” ujarnya.

Sementara irtu, Ketua Pentadbiran Cianjur, Herman Suherman mengesahkan angka kematian awal dengan memberi amaran bahawa jumlah tersebut meningkat disebabkan ramai mangsa terperangkap serta ada yang tersekat akibat tanah runtuh.

Beberapa hantaran di media sosial menunjukkan bangunan-bangunan runtuh dan sisa runtuhan memenuhi jalan-jalan. 

“Kami akan terus mengira (angka kematian dan kecederaan) serta bilangan mangsa dijangka meningkat,” kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB).

Gegaran gempa itu turut dirasai di wilayah Jawa Barat termasuk Bogor dan Bandung serta ibu kota Jakarta, yang terletak kira-kira 96 km di bahagian utara. – Agensi 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI