KUALA LUMPUR – “Jawatan Perdana Menteri masih kosong dan masih terbuka.”
Demikian jawapan ringkas Pegerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditanya mengenai status jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 sebentar tadi.
Beliau ditemui pemberita selepas majlis mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. – KOSMO! ONLINE