fbpx

Indonesia berisiko tinggi alami penularan virus polio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bayi menerima vaksin polio secara oral di pos perkhidmatan bersepadu di Banda Aceh pada 14 November lalu. - AFP

JAKARTA – Ketua Pengarah Pencegahan dan Kawalan Pe­nyakit (P2P) Kementerian Kesihatan, Dr. Maxi Rein Rondonuwu memaklumkan bahawa Indonesia berisiko tinggi mengalami penularan virus polio, lapor laman berita Merdeka.com.

Menurut beliau, 425 daerah/kota dari 30 wilayah di Indonesia berada dalam kategori tinggi penyebaran polio.

“Kalau kita lihat 30 wilayah dan 415 kabupaten/kota, semuanya memenuhi kategori berisiko tinggi sedangkan vaksinasi polio masih rendah. Jadi sekarang, Indonesia berisiko tinggi untuk wabak polio,” kata Maxi dalam sidang media secara atas talian di Jakarta.

Maxi turut memaklumkan bahawa Indonesia ketika ini menggunakan vaksin jenis BOPV atau oral bivalen. Ia bertujuan mencegah polio jenis 1 dan 2 dan diberikan empat kali setiap empat bulan secara oral.

Kemudian, penduduk akan diberi Inactive Polio Vaccine (IPV), sebelum mendapat dos penggalak pada usia 9 bulan bersama pemberian vaksin campak atau rubella.

Bagaimanapun, pemberian vaksinasi OPV4 dan IPV adalah rendah. Pada 2020, vaksinasi OPV4 ialah 86.8 peratus dan IPV ialah 37.7 peratus. 

Manakala, pada tahun 2021 pula, vaksinasi OPV4 menurun sebanyak 80.2 peratus dan IPV sebanyak 66.2 peratus. 

Menurut Maxi, penemuan satu kes polio di Aceh baru-baru ini dipengaruhi oleh faktor vaksinasi polio, baik OPV4 ataupun IPV yang tidak dilaksanakan selama empat tahun berturut-turut di Aceh.

Beliau berharap agar penglibatan aktif Pemerkasaan Kebajikan Keluarga (PKK) dan pentadbiran tempatan dapat meningkatkan pemberian vaksin polio. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI