DALAM kesibukan jadual karier, Yuqi anggota kumpulan (G)I-DLE dilaporkan mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa menangguhkan aktiviti hariannya.
Yuqi yang juga penulis lagu dan penari terpaksa dikejarkan ke hospital dan kini sedang berada bawah pemantauan doktor.
Agensinya, Cube Entertainment mengeluarkan kenyataan tentang perkembangan keadaan Yuqi.
“Keadaan Yuqi tidak berapa baik pada pagi tadi (20 November). Dia dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera oleh pakar dan kini sedang berehat.
“Yuqi tidak dapat menyertai acara Star River Video Call yang dijadualkan pada hari ini.
“Kami mohon maaf kepada peminat tentang pengumuman berita mengejutkan ini. Kami akan terus memantau kesihatan dan keselamatan artis jagaan kami,” ujar agensi tersebut.