fbpx

Buruh warga China maut ketika pasang besi projek ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi mangsa rebah semasa melakukan kerja pemasangan besi jambatan ECRL di Kampung Kandis, Bukit Yong dekat Pasir Puteh kelmarin. - IHSAN POLIS

PASIR PUTEH – Seorang buruh warga China maut selepas rebah semasa melakukan kerja-kerja pemasangan besi jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kandis, Bukit Yong di sini kelmarin.

Mangsa, Qui Daq Qing, 51, pengsan kira-kira pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai buruh secara tiba-tiba rebah ketika melakukan kerja-kerja pemasangan besi.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Kampung Wakaf Lichong di sini kemudian dilihat dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke HRPZ II oleh majikannya.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital. Pemeriksaan turut mendapati mangsa negatif Covid-19.

“Mayat mangsa sudah dibedah siasat di HRPZ II dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI