fbpx

Bela hak wanita, Puteri Sarah mahu bertanding PRU16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah mahu membela nasib kaum Hawa dengan menyertai Pilihan Raya umum ke-16 (PRU16) kelak.

PETALING JAYA – Demi memartabatkan hak kaum wanita, pelakon Puteri Sarah melahirkan hasrat ingin menjadi calon yang akan bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) lima tahun akan datang.

Menurut Puteri Sarah, 36, hasrat tersebut tercetus selepas melihat undang-undang yang mempertahankan hak golongan wanita di negara ini masih tidak kuat.

“Lagi lima tahun nak bertanding jugalah untuk pertahankan hak wanita kerana di Malaysia perkara itu masih tidak kuat.

“Perlu ada seseorang yang lantang bercakap untuk semua mangsa,” kata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Bagi merealisasikan impian tersebut, dia berpendapat harus mendalami dan memahami selok-belok berkaitan undang-undang serta politik.

Tambah bintang drama Suri Hati itu juga, kelayakan dalam bidang pendidikan sangat penting sebelum menceburkan diri dalam dunia politik.

“Politik juga termasuk isu ekonomi, kesihatan dan banyak lagi. Lebih bagus sekiranya memiliki kelayakan diploma atau ijazah dalam bidang politik.

“Perlu juga tahu dari mana untuk bermula, bagi melihat apakah yang diperlukan dalam aspek ekonomi, psikologi dan sosial. Ada yang akan undi saya tak?” katanya lagi.

Sejak kisah pergolakan rumah tangganya menjadi topik hangat, isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof itu lantang bersuara dalam media sosial mengenai hak kaum Hawa yang menjadi mangsa penindasan dan keganasan keluarga.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas mendakwa muncul pihak ketiga mengganggunya bermula 2019.

Rentetan itu, dia mengambil tindakan undang-undang dan bakal mengheret wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya ke mahkamah pada tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI