fbpx

Balu guru tiga minggu kematian suami terima manfaat YGMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Munadi (dua dari kiri) dan Abdul Muie (empat dari kiri) bergambar bersama penerima manfaat Skim Keahlian YGMB termasuk Jalimie (tiga dari kiri) di SK Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Seorang balu guru terharu menerima manfaat Skim Keahlian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebanyak RM29,000 tidak sampai tiga minggu selepas kematian suaminya.

Jalimie Abdul Jalil, 52, berkata, suaminya, Allahyarham Shairun Mahyuddin Ibrahim meninggal dunia akibat kanser hati pada 3 November lalu.

“Permohonan manfaat Skim Keahlian YGMB dibuat pada minggu lepas (14 November lalu).

“Alhamdulillah manfaat tersebut diterima hari ini (semalam),” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Ajil di sini hari ini.

Terdahulu beliau menerima manfaat khairat kematian tersebut daripada Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Abdul Muie Ngah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Selain Jalimie, dua lagi penerima manfaat khairat kematian tersebut ialah waris Norhisyamuddin Abd. Ghani dan Mohd. Zaki Mat Salleh.

Kedua-dua waris kedua-dua yang meninggal dunia baru-baru ini masing-masing menerima manfaat khairat kematian RM8,000 dan RM27,024.79. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI