fbpx

Bajet MAIWP 2023 meningkat sebanyak 13.54 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (tengah), dalam sidang media MAIWP di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Bajet 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meningkat sebanyak 13.54 peratus, bersamaan RM1.448 bilion berbanding tahun 2022, RM1.28 bilion.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, ia berikutan anggaran pendapatan MAIWP tahun depan yang meningkat sebanyak 15.7 peratus (RM1.286 bilion) berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.11 bilion.

“MAIWP menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1 bilion melalui Pusat Pungutan Zakat, serta lain-lain anggaran pendapatan seperti sewaan, yuran pengajian, serta pelaburan dan terimaan peruntukan geran daripada Kementerian Kewangan.

“Dalam bajet 2023, kami memperuntukan perbelanjaan agihan sebanyak RM1.177 bilion, manakala RM199.56 juta bagi perbelanjaan pengurusan dan RM70.782 bagi perbelanjaan pembangunan,” katanya dalam satu sidang akhbar disini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, bagi menampung anggaran perbelanjaan tahun 2023, MAIWP juga telah menyediakan Bajet Defisit melalui pencairan rezab simpanan dan wang tunai sebanyak RM162.12 juta.

“Anggaran Bajet Defisit ini dijangka melebihi jumlah anggaran pendapatan tahun 2023 yang disasarkan oleh MAIWP,” katanya.

Daud juga berharap agar masyarakat dapat berikan sokongan sepenuhnya dalam memastikan peranan dan tanggungjawab MAIWP untuk memacu kegemilangan ummah di Wilayah Persekutuan. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI