KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan gabungannya mendapat sokongan lebih 112 Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Menurut beliau, dokumen sokongan itu telah diserahkan kepada Istana Negara sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan beliau ke Istana Negara hari ini.
“Tuanku mencadangkan kami (PN) bekerjasama dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah membincangkan perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Bukit Damansara di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE