fbpx

Vaksinasi menyeluruh di Aceh susulan penemuan penyakit polio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar menerima vaksin polio di sebuah sekolah rendah di Banda Aceh pada 15 November lalu. - AFP

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) akan melaksanakan program vaksinasi di seluruh wilayah Aceh pada 28 November hingga 5 Disember tahun ini, lapor ste­sen penyiaran CNN Indonesia. 

Langkah itu diambil berikutan penemuan kes polio jenis 2 di daerah Pidie pada 10 November lalu.

“Kita akan memulakan vakinasi menyeluruh di Pidie pada 28 November hingga 5 Disember untuk semua daerah di seluruh Aceh,” kata Ketua Pengarah Pencegahan dan Pe­ngawalan Penyakit (P2P) Kementerian Kesihatan, Maxi Rein Rondonuwu kelmarin.

Maxi berkata, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun didapati dijangkiti virus polio jenis 2 dengan gejala lumpuh di kaki kirinya.

Pesakit itu pada awalnya mengalami demam sejak 6 Oktober lalu, sebelum lemah dalam pergerakan anggota badan.

Selepas kaki kirinya tidak pulih, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Teuku Chik Ditiro, bandar Sigli. Dia dirawat sehingga 18 Oktober lalu.

Akibat keadaannya yang tidak pulih, pakar kanak-kanak hospital itu mula syak me­ngenai tanda-tanda gejala polio dan memutuskan untuk melakukan ujian lanjut. Hasil pemeriksaan mendapati pesakit positif polio jenis 2.

Maxi berkata, pesakit itu tidak mempunyai sejarah imunisasi polio sebelum ini dan tidak melancong ke luar negara. Dia kini sudah boleh berjalan dengan bantuan fisioterapi. 

Maxi menekankan kepenti­ngan imunisasi yang menyeluruh di Indonesia. Beliau yakin jika imunisasi dilaksanakan dengan betul, virus polio akan terhapus menjelang 2026.  – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI