fbpx

Turkiye serang utara Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG AWAM meletakkan bunga di sebuah memorial untuk mangsa letupan bom di Jalan Istiklal, Istanbul pada 14 November lalu. - AFP

DAMSYIK – Siri serangan udara Turkiye mengenai beberapa bandar di seluruh utara Syria kelmarin termasuk Kobane, kata pasukan tentera puak Kurdis di sana dan sebuah kumpulan pemerhati berpangkalan di Bri­tain.

Serangan Turkiye itu membunuh sekurang-kurangnya enam anggota Tentera Demokratik Syria (SDF) yang diketuai puak Kurdis dan enam askar prorejim Syria, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

Siri serangan itu dilancarkan beberapa hari selepas Ankara menyalahkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) sebagai dalang pengeboman berdarah di tengah Istanbul minggu lalu.

“Waktu perhitungan telah tiba. Bajingan ini perlu bertanggungjawab atas serangan khianat mereka,” kata Kementerian Pertahanan Turkiye dalam satu kenya­taan di laman Twitter semalam, bersama gambar pesawat-pesawat perang berlepas untuk operasi malam hari, tanpa menyebut lokasi serangan.

“Kubu-kubu pengganas dihancurkan oleh serangan tepat,” tambah kementerian sama berserta klip video menunjukkan sasaran dipilih dan dibom.

Walaupun Ankara tidak memberi butiran terperinci operasi itu, tentera Kurdis berkata, bandar Kobane di timur laut Sy­ria jadi sasaran pengeboman.

“#Kobane menjadi sasaran pengeboman oleh pesawat-pesawat penceroboh Turki,” kata jurucakap SDF, Farhad Shami.

Ankara menganggap Unit Perlindungan Rakyat Kurdis (YPG) iaitu komponen utama SDF adalah lanjutan daripada PKK yang diharamkan di Turkiye.

“Pengeboman Turkiye ke atas kawasan selamat kami mengancam seluruh wilayah,” kata Mazloum Abdi selaku ketua komander SDF dalam satu kenyataan di laman Twitter.

“Serangan Turkiye itu me­nyasarkan kubu SDF di wilayah Aleppo, utara Syria dan Hassakeh di timur laut,” kata ketua pengarah SOHR, Rami Abdel Rahman.

Serangan itu juga menyasarkan kedudukan tentera rejim Syria di wilayah Raqqa dan Hassakeh. Serangan Ankara di Raqqa dan Hassakeh membunuh enam anggota SDF dan enam askar Sy­ria, kata SOHR. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI