fbpx

Tunggu sahaja, sudah cukup, lebih daripada cukup – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi meninggalkan kawasan kediaman Muhyiddin kira-kira pukul 2 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meninggalkan kawasan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira pukul 2 petang ini.

Beliau ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan mendakwa PN telah memperoleh sokongan mencukupi Ahli Parlimen.

“Tunggu dijemput, diundang bila-bila masa sahaja. Ya tunggu sahaja. Sudah cukup (sokongan Ahli Parlimen), melebihi daripada cukup. Insya-Allah,” katanya kepada pemberita yang menunggu di hadapan kawasan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara sejak pagi tadi.

Terdahulu, Abdul Hadi dilihat memasuki kawasan kediaman berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi ini dengan menaiki kereta jenis BMW yang diringi dua kenderaan lain.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana parti politik memperoleh majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan.

Ketua parti politik dan ketua gabungan parti politik diminta mengemukakan nama seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum pukul 2 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI