fbpx

Salt Bae pamer stik daging dibalut emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stik yang dibalut dengan kertas emas didedahkan oleh cef dari Turkiye, Nusret Gokce baru-baru ini. - Instagram

DUBAI – Seorang cef pempengaruh terkenal di media sosial dari Turkiye, Nusret Gokce berkongsi video di Instagram yang menunjukkan stik dibalut dengan kertas emas 24 karat, lapor Daily Mail kelmarin. 

Gambar di Instagram itu mengandungi keterangan gambar iaitu: “Federal Bank (Bank Persekutuan)- 24K Gold (Emas)”. 

Cef itu berkongsi gambar tersebut selepas dia menerima kritikan daripada para pengguna media sosial kerana sebuah restorannya di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenakan bil setinggi 615,065 dirham (RM765,670) kepada 14 orang pelanggannya . 

Bayaran itu meliputi 9,000 dirham (RM11,203) untuk dua stik Istanbul yang ditutup dengan kertas emas, 5,500 (RM6,846) untuk dua stik Uthmaniyyah emas dan 4,500 dirham (RM5,601) untuk dua daging lembu tenderloin.

Restoran Salt Bae milik cef tersebut menyiarkan gambar bil itu ke akaun Instagram dengan kapsyen: “Kualiti tidak pernah mahal #saltbae #saltlife #salt.” 

Tidak lama selepas itu, Salt Bae menerima kritikan bertubi-tubi daripada pengguna media sosial yang lain dengan ramai yang meluat dengan bayaran bil tersebut. 

Seorang pengguna menulis komen dengan memberitahu ramai pengguna benar-benar terkejut dengan harga itu dan menyebut jumlah harga tersebut sebagai ‘tidak siuman’. 

Pengguna media sosial lain pula menulis bahawa terdapat kira-kira 98 juta orang berada bawah paras kemiskinan, kehilangan tempat tinggal tetapi cef itu menyiarkan bil tersebut di Instagram. 

” Saya akan berhenti mengikuti anda dan saya harap semua orang untuk melakukan perkara yang sama,” tulis pengguna media sosial itu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI