fbpx

Rundingan BN-PH masuk fasa serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pakatan Harapan (PH) memaklumkan ketika ini pihak mereka telah memasuki fasa rundingan yang serius dengan Barisan Nasional (BN) dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rundingan itu juga turut membincangkan perkara utama menyentuh tentang kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.

“Pada masa sama, kami mengambil maklum penafian Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa satu kenyataan yang tular menyatakan 10 Ahli Parlimen UMNO menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri adalah tidak benar.

“Oleh yang demikian, PH berpendirian bahawa kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) adalah pramatang, mustahil dan tidak konklusif berkait angka sokongan majoriti yang didakwa telah mereka capai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kenyataan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional telah mempunyai jumlah Surat Akuan melebihi 112.

Jelas beliau, pendirian Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas bahawa sebarang akuan berkanun yang lain, atau sebarang rundingan dengan parti-parti lain oleh mana- mana Ahli Parlimen UMNO adalah tidak sah dan tidak boleh diambil kira sebagai bukti sokongan majoriti kepada mana-mana calon Perdana Menteri.

“Ia juga boleh menyebabkan mereka hilang kerusi seperti yang dipersetujui dalam akuan berkanun yang telah mereka tandatangani,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI