fbpx

PRU15: Wakil DAP memasuki Bangunan UMNO Perak jadi tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini sebentar tadi.

IPOH – Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini sebentar tadi.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu dilihat hadir seorang diri sekitar pukul 10.30 pagi.

Difahamkan, bekas Ketua Pemuda DAP itu bertemu dengan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) Perak termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Setakat ini, kerajaan negeri Perak masih belum boleh dibentuk ekoran tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak dengan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) pula 24 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN).

BN yang memenangi kerusi DUN paling sedikit itu disebut sebagai ‘king maker’ dalam pembentukan kerajaan di negeri ini.

Dalam pada itu, Saarani dijangka mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pada pukul 12 tengah hari ini.

Sembah menghadap itu dipercayai berkaitan urusan pembentukan kerajaan negeri di Perak selepas PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI