fbpx

PRU15: Tuan Ibrahim ketuai rundingan bentuk kerajaan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim

KUANTAN – Perikatan Nasional (PN) Pahang melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bagi mengetuai rundingan membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

Beliau dalam kenyataannya juga merakamkan penghargaan kepada pengundi negeri ini yang telah memberi kemenangan kepada PN.

“Terima kasih kepada pengundi negeri Pahang kerana telah memberi kemenangan kepada PN sehingga kami berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) PN berjaya menawan tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Pahang masih berada dalam keadaan tergantung apabila Pakatan Harapan BN memenangi 16 kerusi dan Pakatan Harapan (PH) lapan kerusi.

Pahang dikatakan bakal menyaksikan kerjasama antara BN dan PH bagi membentuk kerajaan negeri selepas Perak.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kerjasama tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI