fbpx

PRU15: PN serah SD sokong Muhyiddin PM ke-10 kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 kepada Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112.

Jelas beliau, jumlah tersebut adalah majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI