fbpx

PRU15: Gobind peroleh majoriti terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gobind dan Mohamad.

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo memperoleh majoriti undi terbesar iaitu sebanyak 124,619 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelmarin.

Kemenangan besar itu membuatkan dua pesaingnya da­ripada Perikatan Nasional (PN), Lim Si Ching dan calon Barisan Nasional (BN), Tan Gim Tuan GT masing-masing memperoleh undi sebanyak 18,256 dan 13,806 hilang deposit.

Selain itu, calon PH, V. Ganabatirau berjaya menduduki kerusi Parlimen Klang dengan majoriti besar 91,801 selepas mendapat undian sebanyak 115,539 menewaskan enam pesaing yang lain.

Turut meraih perhatian ramai apabila Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu menang bergaya setelah mendapat majoriti besar 73,998 undi sekali gus berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja yang disandangnya pada PRU14.

Setiausaha Politik kepada pe­mimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Syahredzan Johan yang merupakan muka baharu di Parlimen Bangi turut memenangi kerusi itu dengan majoriti 69,701 undi.

Sementara itu, PRU15 kelmarin turut merekodkan kemena­ngan calon dengan majoriti tipis antaranya melibatkan penyandang kerusi Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi apabila dibezakan hanya 348 undi.

Presiden UMNO itu mendapat 16,578 undian menewaskan Datuk Seri Shamsul Iskandar (16,230 undi); calon PN, Dr. Faiz Na’aman (8,822 undi) dan calon bebas, Tawfik Tun Dr. Ismail (226 undi).

Di kerusi Parlimen Bentong, calon PH atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman menang dengan majoriti tipis sebanyak 692 menewaskan pencabar terdekatnya daripada BN iaitu Tan Sri Liow Tiong Lai (24,383 undi) serta tiga calon yang lain.

Seorang lagi calon dari Gabu­ngan Parti Sarawak (GPS), Roy Angau Gingkoi, menang tipis dengan majoriti hanya 100 undi dalam pertarungan empat penjuru di Parlimen Lubok Antu.

Roy berjaya memperoleh 6,644 undi menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Johnichal Rayong Ngipa (6,544 undi); Jugah Muyang (5,360 undi) dan Langga Lias (746 undi).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI