fbpx

PRU15: BN wajar di blok pembangkang – Noraini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini Ahmad.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) wajar untuk terus berada di dalam blok pembangkang selepas hanya memenangi 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Bagaimanapun kata Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Noraini Ahmad, parti itu boleh menjadi rakan mesra dalam mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

Jelas beliau, keputusan menjadi rakan mesra parti kerajaan juga perlu dibuat secara bersyarat di mana BN diberi kebebasan dalam berbahas, sokong, tolak sebagai blok neutral (semak dan imbang) bagi apa sahaja usul yang dibentang atau dicadang oleh kerajaan.

“BN juga diminta agar tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik kerajaan yang sudah terbentuk sehingga Parlimen dibubarkan.

“Selagi mana gabungan politik tersebut masih menjunjung tinggi semangat perlembagaan dan kestabilan politik negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, keputusan yang telah dibuat oleh rakyat perlu dihormati.

“Tumpuan utama perlu diberikan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap BN semula pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya memenangi 30 kerusi parlimen dan tiada mana-mana gabungan politik berjaya mendapat majoriti mudah 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI