PETALING JAYA – Sebanyak 12 pusat pengundian telah dibuka seawal 7.30 pagi sehingga pukul 12 tengah hari bagi proses mengundi Parlimen Baram, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui kenyataannya berkata, ia susulan daripada penggantungan proses pengundian pada Sabtu lalu disebabkan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
“Pusat pengundian tersebut adalah di Sekolah Kebangsaan Long Naah (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Luteng (saluran dua); RH TK Matthew Belulok Lalo Kpg Lepo Gah (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Sait (saluran dua) dan Sekolah Kebangsaan Long Tungan (saluran satu dan dua).
“Selain itu turut terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan Long Moh (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Mekabar (saluran satu); Sekolah Kebangsaan Long Jekitan (saluran satu dan dua); Sekolah Kebangsaan Long Lamei (saluran dua) Sekolah Kebangsaan Lio Mato (saluran satu dan dua) dan Sekolah Kebangsaan Long Banga (saluran satu dan dua) dan RH TK John Jau Wan Lg. Semiang di saluran satu, ” katanya.
Kosmo! sebelum ini melaporkan pengundi di Parlimen Baram terpaksa meredah banjir untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ekoran cuaca yang tidak mengizinkan. – KOSMO! ONLINE