fbpx

Piala Dunia: Iran tekad mahu beri penyokong gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAREMI bakal menggalas tugas mengetuai jentera serangan Iran untuk merobek gawang England pada aksi pertama nanti. – AFP

DOHA – Penyerang Iran, Mehdi Taremi tekad untuk membuktikan kemampuan menjelang perlawanan pertama Kumpulan B saingan Piala Dunia Qatar 2022 menentang England di Stadium Khalifa malam ini.

Dia yang sedar dengan kemelut yang berlaku di Iran turut melaungkan harapan untuk menghadiahkan keputusan positif kepada semua penyokong de­ngan mengejutkan juara Piala Dunia 1966 itu.

Meskipun diberi tekanan cukup tinggi oleh media Britain menjelang perlawanan malam ini, namun Taremi percaya rakan sepasukan sudah bersedia untuk berdepan aksi cukup mencabar itu.

“Saya mahu ucapkan takziah kepada seluruh rakyat Iran atas apa yang berlaku di sana ketika ini. Misi pasukan bola sepak di Piala Dunia adalah untuk menghadiahkan kegembiraan buat mereka.

“Seluruh pasukan sangat fokus ketika ini untuk mengejutkan England. Sekiranya ia berjaya dilaksanakan, sudah pasti akan menjadi kejayaan terbesar Iran dalam sejarah Piala Dunia,” katanya.

Terdahulu, media Britain dikatakan cuba melancarkan perang psikologi terhadap kem Iran berhubung protes besar-besaran yang dilakukan di seluruh negara berhubung kematian seorang wanita dalam tahanan polis sebelum ini.

Pada masa sama, penyerang FC Porto itu enggan dibandingkan dengan penggempur The Three Lions, Harry Kane, sebaliknya dia hanya mahu rakan sepasukan menampilkan aksi terbaik malam ini.

“Saya tidak tahu sama ada saya seorang pemain lebih baik berbanding Harry Kane kerana kami hanya fokus terhadap aksi sepasukan. Sekiranya kami bekerjasama, ia mampu untuk mengejutkan sesiapa sahaja,” ujar Taremi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI