fbpx

Piala Dunia: England pasukan paling bernilai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (kiri) menjadi pemain paling mahal dalam skuad England yang turut dinobatkan sebagai pasukan paling bernilai dalam kajian yang dilakukan CIES. – AFP

LONDON – England menjadi pasukan yang bernilai tinggi pada kempen Piala Dunia kali ini dengan pemain tengahnya, Jude Bellingham adalah pemain yang memiliki tanda harga paling mahal.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengajian Sukan Antarabangsa (CIES), kesemua 26 pemain yang mewakili England pada saingan kali ini dianggarkan bernilai £1.305 bilion (RM7.06 bilion), manakala Bel­lingham bertanda harga £176.9 juta (RM957.70 juta).

Di belakang skuad kendalian Gareth Southgate itu, empat pa­sukan iaitu Brazil, Perancis, Sepanyol dan Portugal yang bernilai lebih £1 bilion, sementara Jerman hanya dinilai pada harga £892.9 juta (RM4.83 bilion) dengan Jamal Musiala menjadi pemain termahal mereka dengan nilai £132.2 juta (RM715.70 juta).

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa pasukan dari Eropah mendominasi senarai apabila 11 daripada 16 pasukan dianggap bernilai tinggi ketika Argentina pula menjadi pasukan bernilai paling tinggi dari Amerika Selatan iaitu £654.9 juta (RM3.54 bilion).

Sementara itu, bagi zon Amerika Tengah, Amerika Syarikat mendahului senarai de­ngan £319.6 juta (RM1.73 bilion), manakala Senegal pula adalah pasukan paling bernilai di benua Afrika dengan nilai £275.8 juta (RM1.49 bilion).

Senarai 32 pasukan yang bertanding di Qatar kali ini ke­seluruhan dianggarkan bernilai, £13.13 bilion (RM71.08 bilion), namun Costa Rica menjadi pasukan yang mempunyai nilai pa­ling rendah iaitu pada nilai £20.16 (RM109.14 juta) sahaja.

Biarpun diunjurkan sebagai pasukan paling bernilai pada kempen kali ini, ia tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai kemampuan England pada saingan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI