fbpx

Piala Dunia: Belanda enggan tersilap langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKE (kiri) bakal membentuk gandingan benteng pertahanan tengah bersama Van Dijk dalam usaha mengekang asakan Senegal pada aksi tengah malam ini. – AFP

DOHA – Tonggak pertahanan Belanda, Nathan Ake mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah kemam­puan Senegal menjelang aksi pertama Kumpulan A di Stadium Al Thumama tengah malam ini.

Ake, 27, percaya Senegal masih mempunyai kualiti tersendiri sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika biar­pun terpaksa mengharungi kempen Piala Dunia kali ini tanpa kelibat penyerang prolifiknya, Sadio Mane.

Justeru, bek tengah Manchester City itu berharap The Oranje tetap menghormati Senegal dan memberikan prestasi sehabis baik dalam usaha mengutip tiga mata pertama yang dianggap penting untuk memberikan ­suntikan semangat bagi me­langkah lebih jauh pada saingan kali ini.

“Saya memahami apa yang dilalui Mane kerana ia amat menjengkelkan apabila anda terlepas Piala Dunia disebabkan masalah kecederaan pada saat-saat akhir seperti yang dilaluinya.

“Semua orang mahu melihat pemain-pemain berkelas dunia beraksi pada tahap tertinggi seperti Piala Dunia. Kehilangan Mane sebenarnya satu kerugian besar buat para peminat bola sepak di dunia.

“Namun, kami tidak boleh ambil mudah kerana ia tetap satu cabaran sukar. Senegal mempunyai ramai pemain dan juga penyerang berbahaya walaupun tanpa Mane,” katanya.

Ake dijangka membentuk gandingan bersama bintang Liverpool, Virgil Van Dijk dan Stefan De Vrij (Inter Milan) sebagai tiga pertahanan tengah dalam formasi 3-5-2.

Ketua Jurulatih Belanda, Louis van Gaal dijangka mempertaruhkan Memphis Depay dan Steven Bergwijn di bahagian serangan untuk merobek gawang Senegal dalam aksi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI