fbpx

Piala Dunia: Amerika Syarikat mula beri amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AS mahu membuktikan kehadiran mereka pada kempen kali ini mampu memberikan impak yang besar. – AFP

DOHA – Pengurus Amerika Syarikat, Gregg Berhalter memberi amaran awal buat Wales bahawa anak buahnya mampu mengalahkan mana-mana pasukan ketika kedua-dua pasukan bakal buka tirai aksi Kumpulan B Piala Dunia, awal pagi esok.

Walaupun gagal layak ke pusingan akhir, empat tahun lalu, Berhalter percaya Amerika Syarikat mahu menghadirkan impak lebih besar pada penyertaan kali ini terutamanya sebelum menjadi tuan rumah bersama Kanada pada edisi 2026.

Berdasarkan persiapan dan kualiti pasukan dimilikinya ketika ini, Berhalter mahu Amerika Syarikat mempamerkan sema­ngat juang dan cuba meraih keputusan terbaik tanpa me­ngira siapa lawan yang dihadapi.

“Ia menjadi satu penghargaan apabila dapat bermain di pentas Piala Dunia, namun kami tidak mahu sekadar menyertainya. Kami mahu mendapatkan keputusan dan apa yang saya yakin adalah kami mampu kalahkan sesiapa saja dalam dunia ini.

“Kami rasa ini adalah langkah permulaan untuk cuba melepasi peringkat kumpulan. Seterus­nya kami akan cuba sehabis baik di peringkat kalah mati dan selepas itu kita akan lihat sejauh mana kami mampu pergi,” katanya.

Pemain tengah, Weston McKennie berkata, fokus pertama dia dan rakan sepasukan ketika ini pastinya menjurus kepada Wales sekaligus cuba menjadikan lawan itu sebagai mangsa pertama pada penampilan kali ini.

“Kami tahu Wales adalah pa­sukan yang cukup kuat, namun sebagai satu pasukan, kami sentiasa mahu fokus kepada satu demi satu perlawanan dan sudah pasti Wales menjadi yang pertama untuk diberikan perhatian,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI