fbpx

PH, PN bergabunglah bentuk kerajaan – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PETALING JAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan supaya Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bergabung tubuh kerajaan memandangkan mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

Jelas Ahli Parlimen Rembau itu, Barisan Nasional juga bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab untuk menjalankan ‘semak dan imbang’ kepada kerajaan baharu.

“Kami BN menerima keputusan rakyat yang menolak BN. Maka kami ini tak ada kuasa untuk menubuhkan kerajaan,” katanya pada hantaran di laman Facebook sebentar tadi.

Bagaimanapun kata Mohamad, jika bantuan BN diperlukan dalam waktu peralihan pasca PRU ini, parti itu tetap sedia menyumbang kepada pembukaan bicara yang ikhlas dan terbuka.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami.

“Ini hasil daripada proses yang demokratik, untuk memulangkan mandat kepada rakyat. Kami hanya menghormati keputusan itu.

“Semoga Malaysia sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT jua, ” tulisnya.

Terdahulu, pada tengah hari tadi, kepimpinan BN yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan Pakatan Harapan di sebuah hotel di ibu kota.

Namun, sehingga kini tiada kata putus dimuktamadkan kedua-dua parti dalam membentuk Kerajaan Persekutuan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI